Balasan Melengahkan Solat
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah
Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan
dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari
majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah
perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada
seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah
mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala
yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat
zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah
terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam
sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam
kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan.
Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut
ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih
kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka
sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama
juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta
mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit
dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang
peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh
mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu,
tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang
menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.
MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan
sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka
mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan
apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah
terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu
serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa
orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat
kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi,
rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan
Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian
ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu
daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di
dunia akibat melewatkan solat….
Bagaimana kalau tak solat…..NAUZUBILLAH